Friday, April 10, 2009

Kemarahan

"Tiada apa yang lebih berani disisi Allah melainkan menahan kemarahan.Sesungguhnya marah itu satu perbuatan yang penakut.Hanya orang penakut sahaja yang suka marah-marah".
Aku terdengar kata-kata ni tadi kat dalam radio masa on the way nak mai keje pagi tadi.Bagi aku kata-kata ni cukup menarik.Sebenarnya perasaan marah ni ada dalam diri setiap individu yang normal.Marah akan terjadi bila kita tak puas hati dengan sesuatu ataupun seseorang.Sebenarnya perasaan marah ni boleh dikawal.Tak yahlah nak marah tak tentu pasal kan.Maki hamun ikut dan mulut je.Takkan benda kecik pun kita nak kena melenting tak tentu pasal kan.Sebelum nak melenting ke apa ke,cuba selidiki dulu apa yang jadi,kenapa ianya terjadi.Adakah sebab kita yang menyebabkan benda itu terjadi atau pun sebab orang lain.Kalau benda yang terjadi tu puncanya dari kita,nak wat apa nak marah kan.Kita kena lah tanya diri sendiri naperlah benda camtu leh jadi.Mungkin sebab kecuaian kita,keegoan kita.Sebab tu lah kata-kata tu menyebut hanya orang penakut saja suka marah-marah.Sebab apa tau,sebab dia takut nak tahu kelemahan diri sendiri.Dia hanya nampak kelemahan atau kesalahan orang lain je.Bagi dia,hanya dia je yang betul. Jadi kepada sesapa yang suka marah-marah(including myself),Muhasabahlah diri tu dulu sebelum kita nak melenting tak tentu pasal yer.

No comments: