Thursday, February 5, 2009

Jangan takut jika di tegur atau dikritik

Baper ramai orang dalam dunia suka ditegur atau dikritik??aku rasa tak semua orang suka ditegur atau dikritik kan.Masing-masing punya ego sendiri,kiranya dia je lah yang betul.Sebenarnya kekadang hidup ni haruslah ada pasang surut nyer,kekadang benda yang kita tak sedar yang ianya salah dan bila ditegur jangan lak tarik muka.Orang yang menegur kita tu sebenarnya dia betul care kat kita.Kalau dia tak peduli,ahhh...mampos lah kau nak jadi apa pun.Kau nak susah ke senang ke apa dia peduli??

Mungkin kekadang teguran yang diberi agak pedas hingga kita tak boleh nak terima.Tapi percayalah sebenarnya kepedasan itulah yang akan buatkan kita lebih berjaya dalam hidup ni.Contoh yang aku nampak sangat sekarang adalah bila ada orang datang bagi tahu yang kuah yang aku buat untuk makan ngan roti canai kurang sedap lah,cair lah dan macam-macam lagi.Mulanya aku macam takleh nak terima tau,yerlah,kan ego...rasa macam dah masak okay,kekadang aku rasa orang yang tegur tu cam mengada-ngada.Tapi bila aku dok sorang-sorang dan pikir sejenak,ermmmm...bagus dia datang tegur dari dia pergi jaja kat orang yang kedai ni buat kuah ntah apa-apa,jadi tak pasal business aku lingkup.Dengan kritikan itulah maka aku berjaya masak kuah yang kekadang dapat gak pujian.Tapi biasalah kekadang ada tersilap letak bahan ke apa ke,terlari la jugak rasanya.InsyaAllah aku akan cuba perbaiki hari demi hari.

Aku sepatutnya berterima kasih pada orang itu sebab dia bagi comment dia dan aku kenalah terima dengan hati yang terbuka.Kekadang aku dok jugak complaint orang lain nyer service atau apa2 jerlah tak betul tapi bila kena kat batang hidung sendiri nak tarik muka pulak...apa kesss kan.Semakin dewasa kita,otak pun kenalah jadi dewasa jugak.Kena terima kelemahan diri,jangan suka mengkritik orang tapi bila kena kritik je,terus nak melenting.

5 comments:

kakngah said...

kita kene la terima kritikan tu dgn hati yg terbuka & sentiasa berfikiran positif.
jgn risau bab kuah tercair or lari rasa. apa2 pn.. practis make perfects...

yatie said...

apa aku orang itu????

Hotmama said...

kak ngah,
betul tu....dan skrg alhamdulillah dah ok

Yat;
bukan kau lah...ha!!bila nak mai pekena roti canai lagi ni?

Yatie SawaNiLa said...

nak mkn lagi hari tu tak puas tapi bila tu tak tau...kena cari masa dulu

Sall said...

Bagus la ko ni Sue.. keep it up... InsyaAllah mesti makin sedap lama2 nanti.. ;).