Wednesday, December 10, 2008

Best I ever had

Aku nak citer sket yang aku kehilangan seorang superior yang memang susah aku nak jumpa kat mana-mana.Dia ada lagi lah kat Malaysia Airport ni cuma he's no longer my superior.Dia dah dinaiki pangkat menjadi Manager untuk salah satu department yang diwujudkan kat MAB ni.Memang tak best lah dia dah keluar dari department aku ni sebab dia memang best.Walaupun he just my executive but he still my boss kat KLIA ni.Apa-apa pun aku akan report kat dia dan dialah orang yang akan menilai prestasi kerja aku.Semenjak hari pertama aku bekerja kat MAB sampailah sekarang,aku memang tak pernah ada masalah dengan dia.Dia tak kisah langsung,kau nak datang lambat ke,balik awal ke,time keje nak buat apa ke,nak update blog ke,nak main game ke (kadang-kadang dia join skali main counter strike kat opis ni),Semua tu tak kisah pada dia,janji keje semua beres dan Manager kami tak kacau dia sebabkan keje kitaorang tak siap.Thats why kalau aku datang opis lambat ke,tido kat opis ke,main game ke,dan apa-apa pun lah...aku akan pastikan keje kami siap on time.Bukan senang beb nak dapat bos cam dia.Keje hati pun senang sebab tak der sapa kacau,tak dak orang nak stress kita kan.Apa lagi yang aku boleh kata,He's the best bos I ever had.Lepas ni,ntahlah leh dapat ke tak lagi bos cam gini.Dia ni alim kalau korang nak tahu,tapi alim-alim dia....rock jugakkkk.Itu yang aku suka,sebab kadang-kadang banyak gaklah ilmu yang dia curahkan kat kitaorang.Bukan sahaja ilmu Agama,tapi macam-macam.Dia ni memang terror statistic dan banyak ilmu yang aku dah lupa masa kat ITM dulu dia yang tolong refreshkan balik.

Nak tahu tak,salah satu lagu yang dia suka dengar adalah dari kumpulan Scorpio. Dia memang rock lah pada aku.Memang sempoi.Baiklah En.Azhar,saya doakan En.Azhar sentiasa berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.Dengarkanlah lagu ni saya tujukan pada En.Azhar.Wassalam......

6 comments:

Sall said...

Lagi sempoi kalau ko yang ganti tempat die.. hehehehe...

Hotmama said...

takleh lagi sall,yang nak ganti dia mesti kena betul2 strong statistic.aku lom strong betul2 lagi.

Men TheGreatEmperor said...

... susah sangat aku jer yang ganti .. tp aku strict sikit .. lambat dtg ofis ... potong gaji.

Hotmama said...

pakcik ni nak jadi boss aku?huuuuhh...aku sanggup berhenti kerja.

Men TheGreatEmperor said...

.. niii .. cakap baik2 sikit ekk .. saper pakcik2 ,..

Hotmama said...

awaklah pakcik.....kan dah masuk era 30an.....hihihihihi.