Friday, August 15, 2008

Resepi hari ini - Ayam goreng salut Tepung

Dear readers;
Hari ni aku nak share ngan korang satu resepi iaitu Ayam goreng salut tepung.

Bahan-bahan
ayam (Dipotong ikut suka nak besar mana)
tepung jagung
½ sudu teh ketumbar
Kunyit ½ sudu teh
serbuk lada sulah
1 biji telur - dipukul
sedikit garam

Cara-caranya
Bersihkan ayam dan tuskan airnya. Gaul tepung bersama serbuk ketumbar, lada sulah, garam dan kunyit. Celup ayam di dalam telur dan setelah itu lumur denagn campuran tepung tadi. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan.

Dah siap pun dan FYI rasanya lagi sedap dari guna tepung kentucky.
Selamat mencuba.

2 comments:

sabrinaabubakar said...

hallo kak su...
dapnyeee...hihihi...wah makin maju bab masak...hihihi...rindu nak makan rendang ikan kak su

Hotmama said...

ooo...itu sudah pasti lah.dah jadi bini org kan.